Followers

Jan 4, 2017

Company Trip : Sarawak, Day 1


SARAWAK DAY 1,

27 October 2016

Khamis



Kiteorang bertolak ke sarawak dari Airport Senai pukul 6.30 pagi sebab flight kiteorang awal weh. pukul 7.00 Pagi! So, pukul 4.30 dah bergerak dari rumah. Masing2 eksaited. Pukul 4 pagi dah bangun. hahahahha. By the way thanks to budak lempeng sebab pickup aku pepagi and hantar aku ke rumah Kak Anum, Thanks awak. Hikks. Aku dengan syafiqah tumpang Kak Anum (officemates) gerak sesama ke senai and Kak Anum parking situ Sehari RM30 lebih tak silap.

Pukul 6 pagi dah tercongok kat airport
Muka memasing ngantuk sebenarnya. Tapi eksaited punya pasal. 
Me, Kak Anum and Zara

Sampai Airport Kuching pukul 8.00 pagi. Which is perjalanan kiteorang dari JB ke Sarawak makan masa 1 jam je. Cepat jugak. Sampai-sampai sana je, aku terus whatsapp Encik Rizal, bagitau yang kiteorang dah sampai and dia suruh jumpa dekat luar pintu masuk Airport. Tertanya-tanya jugak, macam mana la rupa Encik Rizal sebab sebelum ni deal through Whatsapp je uolls! haha.

Welcome to Kuching


Keluar dari pintu Airport je terus nampak Encik Rizal tengah lambai-lambai. Sis telah ditugaskan menjadi Ketua Trip Company kali ni *Kahkahkah. So aku pon duduk la dekat seat sebelah pemandu sebab senang nk bincang dengan Encik Rizal and deal nak kemana makan kat mana kan? Hahaha. Disebabkan sebelum subuh da gerak ke Senai Airport and kiteorang semua tak sempat nak breakfast proper kat sana. So terus aku request kat Encik Rizal bawak kiteorang g breakfast.


Yayyy Makan! Lapar!


Dekat Sarawak ni yang aku perasan. Dorang punya menu sarapan semuaa yang berat-berat and Unik. Pepagi kau dah boleh melantak Mee Kolok, Mee Pok, Segala Jenis Mee la ade. Semua nama yang aku tak pernah dengar. And mostly semuanya menyelerakan. Boleh gemuk weh kalau aku duduk sanaa! hahahahaha.

Encik Rizal bawak kiteorang makan dekat Restoran Teh Tarik. Dekat sini banyak stall jual pelbagai jenis makanan. Rambang mata nak pilih. Akhirnya, menu sarapan pilihan sis mestilah Laksa Sarawak. By the way aku memang dah lama teringin nak makan Laksa Sarawak. Maklumlah kat JB entah kat mana nak cari kan. So bila datang sini Memang ni benda pertama aku rasa and seriusly bila dah makan memang sedap lagi2 bila makan dengan sambal belacan. Sebagai penggemar Laksa, aku boleh tambah Laksa Sarawak as  favourite list lah pasni selain dari Laksa Johor and Laksa Penang.


Semestinya Laksa Sarawak Pilihan sayaaa! Teringin nak rasa dapat jugak makan. Sedap!
Bubur Nasi
Mee Apa ntah namanya ni. Tapi rasa dia mcm Mee Rebus

Untuk first day sampai kat Sarawak ni banyak jugak la aktiviti kiteorang. Lepas Sarapan Encik Rizal Bawak kiteorang pergi Kedai Kek Lapis. Kedai Kek Lapis Zaharah. Teka apa yang paling best bila pergi kedai kek lapis?


Tadaaaaa !


Tester
Refer to the picture above. you can eat all the tester provided! hahahahah. gila heaven. Makan sampai kenyang weh! And paling sedap Kek Lapis yang berharga RM25 ringgit. Ade perasa Kinder bueno, Cadbury, Oreo, Kit Kat and lain lain. Memang sedap namateyyyy. Dekat Kedai Kek lapis ni, kalau kita nak beli. Kita kena order dulu nanti dorang akan bagi Kek Lapis waktu kita nk balik nanti. Means kita dapat Kek Lapis fresh from oven. Nanti dorang akan siap wrapping sekali dalam kotak cecantik untuk memudahkan kita bawak masuk flight nti. 

Dekat sini ade jugak Kek Lapis yang Harga RM10 and RM15, still sedap. Tapi tak boleh challenge Kek Lapis yang berharga RM25 la. Yelaaa, kalau nk yang sedap kena la mahal sikit kan? 

Ni Kek Lapis RM10

Actually dekat Sarawak ni ade 3 kilang Kek Lapis yang popular.

1. Kek Lapis Zaharah
2. Kek Lapis Mira
3. Kek Lapis Dayang Salhah

Untuk first day ni, Encik Rizal bawak kiteorang singgah Kedai Kek Lapis Zaharah dulu sebab dekat dengan tempat kiteorang sarapan and Encik Rizal suggest kiteorang beli dekat sini sebab dekat Zaharah kek lapis dia Besar sikit kalau nak dibandingkan dengan Kek Lapis Mira and Dayang Salhah and lagi satu Kek Lapis Zaharah memang kita dapat fresh from oven. So lebih tahan lama la kalau nk bawak balik JB nanti. Kedai kek lapis lain kiteorang singgah untuk next day pulak. Hihi. Yay dapat makan tester sampai kenyang lagi! hahaha.


To be continued. Banyak sangat gambar. Next activities will be in next entry.




xoxo,
ciktetra


2 comments:

Ann Ishak said...

saya suka kek lapis mira :D

Cik Tetra said...

Kek Lapis Mira pon sedap! kiteorang pergi hari keduaaa. Dua dua tempat beli Kek lapis! hahaha